Tuesday 27 May 2014

Tipah Nama Diberi

Assalamualaikum kengkawan...

Hehehe hari ni baru ada semangat nak mengarang sikit, faham2 la kan ada orang baru dalam rumah ni, need some time to adjust to kehidupan harian, masih tergapai-gapai but lucky enough, Allhamdulillah mertua still di sini banyak membantu.

About orang baru... she is well, dilahirkan on 21.05.14 jam 8.22am secara normal seberat 3.4kg with 51cm in lenght dan sihat sejahtera Allhamdulillah. Cukup detail tak keterangan yang saya bagi ni ngeh ngeh ngeh. Owh nama... tadi finally selesai urusan pendaftaran beliau, maka dengan ini secara rasminya beliau adalah Tiffany Melina Tahirovic' aka Tipah hehehe.

Jelita... so far.. adalah seorang kakak yang sangat sayangkan adiknya, walau dalam masa yang sama dia sangat meminta perhatian... we are well aware of her needs, and we are trying our best to attend to both our precious. Ni baru dua dah kelam kabut, canner la uols yang ada lebih ramai handle this matter yer?


Jelita yang sentiasa melekat dengan Tipah



Gambar close up baby nanti2 la yer belum transfer. In case u guys wonder how does she looks like, exactly sebijik Jelita masa baby (^.°)

Thanks guys for the prayer and wishes kami seisi keluarga amat menghargainya. Ok la pelik jer karangan saya ni dah macam ucapan pilihanraya pulak. Ciao bellas, see u guys here again soon.

Monday 26 May 2014

It's a Girl!!!!

Allhamdulillah....  (^.°)


Monday 19 May 2014

Pengalaman Bersalin yang Pertama

Dalam duk menunggu hari yang tak pasti ni kan, mula la terimbau2 kenangan hampir 3 tahun lepas masa bersalinkan yang pertama... pengalaman yang setiap ibu takkan dapat lupa... kan.

I ngandungkan budak Jelita ni pun tanpa sebarang masalah, semua smooth takder alahan apa semua kecuali satu waktu di bulan ke-4 kalau tak silap turun darah sikit, tu pun pasal baru balik dari Europe then terus lenjan drive balik KB ada hal yang "oh so sweet" then lari balik KL, memang ligat la tak duk diam langsung ke sana ke mari, tapi semua pun terkawal bergegas ke spital doktor cek semua ok.

But then, start dari tu jugak my kaki dah mula swollen and tak surut2 sampai la selamat beranak. This time takder pulak my kaki bengkak, apapun Alhamdulillah. Peknenkan si Jelita dulu pun I banyak berseorangan diri sebab percintaan antara benua masa tu huhuhu. So jumpa pun beberapa bulan sekali jer.

Anyway, sebulan dua sebelum due date tu tok laki balik Malaysia lagi untuk teman. Giler tak balik.. cer buat tengok kalau nak mak rimau jadi gajah naik minyak. Masa tu I selalu cramp tang betis... memang masalah sejak azali pun (and lucky again this time tak banyak kejadian sebegini berlaku). Ada satu malam tu I kejutkan si suami ni sebab kaki dah kejang takleh gerak minta dia tolong tarik jer.. sekali dia melompat pakai baju cari kunci kereta dalam mamai nyer, I yang tengah kesakitan masa tu memang kejung perut gelak. Apa nyer kamu ni kalut sangat, it was just my betis only.... panik tak bertempat tau papa JJ ni.

And.. few days before due date tu pulak, I dah rasa sakit-sakit satu badan especially tang pinggul duk kembang kuncup.. walau baru lepas jumpa doctor the next day pi jugak lagi cakap I memang tak tahan.. sakit sangat dah.. nak beranak dah ni. Bila doctor cakap rilek... belum lagi... I tak leh terima. I paksa dia buat adminttance letter for me sebab I sakit sangat-sangat nak beranak dah ha... I lagi pandai dari doctor kan. So doctor pun buat la surat tapi minta I balik umah dulu, katanya belum lagi, tapi datang la spital balik bila-bila masa I nak, kata beliau.

Balik umah.. memang tak leh duduk dediam dah. Ulang-alik ke toilet duk rasa nak berak tak nak berak. Alaaaa imagine kalau sembelit atau cirit birit pun dah tak senang duduk kan, inikan nak kuar sorang budak. Heishhh lagu mano ni, tanda tanya sepanjang masa... macam... now ker, ini ker... in fact few weeks before tu I dah prepare duduk tidur atas towel bungkus plastik sebab my fren pesan suruh beringat anytime pecah ketuban.. biasa la... pestimer memang lagu tu, cuak. hehehehe.

So... mundar-mandir siap tidur dalam toilet dengan rokok memang tak putus kat tangan (yer... saya adalah seorang perokok tegar sebelum ini, time pregnant pun tak benti tapi this time Alhamdulillah, semenjak awal kehamilan saya dah quit dan masih bertahan hingga sekarang dan harapnya sampai bila-bila selepas ini Insya Allah). Masa tu seksanya rasa nak tunggu ke pagi, ada jugak terlintas di fikiran "macam ni rasanya mereka yang dikejar vampire, nak tunggu sang mentari keluar punya la lama..." baru ko tau rasa dia kan hahaha. Then once masuk Subuh walau belum date patut due I dah tak pedulik, bersiap and nekad ke hospital. Memang sunyi jer la waktu tu dan berzaman pulak nak kena tunggu daftar masuk walau depa dah siap2 bagi I kerusi roda, wei aku nak beranak la... ingat aku nak ke jenjalan lagi melawat seluruh hospital? Cepat beranakkan aku!!!


*Dah panajng sangat la pulak karangan, bersambung nextime boleh? Uols nantikan yer kalau nak tau citer I campak gas mask dalam labor room hehehe. Ni my MiL duk buat Pita Burek dibantu Jelita ni ha, macam tak relevan jer I duk ngadap laptop time ni kan, at least tak tolong dia buat pun... kurang2 menyibuk.... kasi berbunga sikit hati orang tua tu, yer dak.

*Tadi check up semua ok, doctor suggested we wait and see jer la. And my berat pun dah sama dengan masa beranakkan Jelita dulu, 62.+kgs muahaha. Berat biasa I before pregnant was 43kg... hmmmm.

Nok Buat Lagu Mano

Masih belum beranak so mari kita sembang-sembang rerakan.. Maaf la saya tak sempat hidang kueh-mueh Melayu asli sebab tak buat dah skang ni, duk makan hasil tangan my MiL jer, errr rendang daging duk ada lagi makan sikit....sikit, jimat sebab cakap kat depa ni boleh tahan berbulan, and elok untuk saya sorang muahahaha jahat giler? Ala depa pun cuit sepinggan dua nak ambik hati I jer pun.. walhal bukan deme ni gemar makanan pedas2 banyak rempah macam ni. Tu la kita hidup bermasyarakat pelbagai kaum, tolerasi itu wajib. 

Untung mama ada Jelita rajin tolong Nena


Busy buat Burek. Yer... sebut betul-betul. Makanan tradisi Bosnia, juga dikenali sebagai Pita, tak pandai buat ni tak leh kawen tau. 


My MiL ke kedai, tu pun risau duk tanya I berkali-kali betul ker I ok tinggal sorang2. Of course la Ok, lihat la menantu mu ini, baru jer lepas shower sesudah membasuh pakaian dan menjemurnya di ampaian, tadi pepagi dah mop satu rumah once JJ jejak keluar... kannnnn. Its not that I terbaring tak mampu gerak, itu harus la kau bimbang wahai mertua. Yer... tahu.... orang tu ambik berat huhu. 

Sama la macam tok laki pun, tadi call dari tempat kerja:

He: U ok B? No problem? 
Me: Why? U want to have problem? 
He: No.. I mean... your tummy, all fine? 
Me: Ya ya, my tummy all fine, how's yours? Pain or something? 
He: Jebem ti!

Hehehee mesti tension jer kan jadi tok laki aku. Tu la...saper suruh? 

Jam 3petang nanti ada appointment doctor nak belek kenapa budak ni senang-lenang silang kaki dalam perut tak kuar2 jugak lagi ni. Rakan-rakan ada idea dan petua apa yang bisa saya amalkan? Yer la duk sesajer ni, apa salahnya mencuba... kan. Nak banyakkan lagi bergerak, rasa dah seluruh pelosok Berlin ni saya gerak hehehe. As for now, saya cuba rilek santai... tadi pun berkubang warm bathtub sambil sekerab, research cakap elok juga kalau tenangkan diri untuk stabilkan hormon. 

Ummu Aidan Arissa hari tu demo buat lagu mano eh? 

Saturday 17 May 2014

Macam Malas Jer Beranak Hari Ni

Wahhhh giteww... macam kentut jer kan bunyi. Patutnya hari ni la my due date (yang ke-2) tapi tak rasa apa pun ni, lenguh2 sengal2 tu biasa la... tapi untuk meneran tu belum terasa. Takpa la... Khamis ritu cek up depa cakap semua ok jer, Isnin nnt jumpa lagi kalau baby tak kuar jugak sementara ni.

Ni baru lepas makan rendang daging ngan pulut kuning, bersemangat cekal budaya kita hehe. Dari last year kot I nak makan rendang finally hari ni dapat... buat sendiri sahaja, campak2 barang2 sendiri shj, pakai daun limau purut semata takdok kunyit2 eh tapi masih sedap giles ok, saper tak percaya dia yang rugi :p

Tadi pun sempat jenjalan ke Alexa Mall seisi keluarga ngopi dan ngaiskrim, masa jalan balik tu ada gak rasa cam kembang-kembang bontot tapi once sampai umah... baring semua, dah back to normal balik. Mop kemas umah still dibuat seperti biasa cangkung bangun cuci jamban tadak hal... budak ni pun kemain sakan bergolek berguling kat dalam ni, entah la... suka hati kamu la Nak, sebolehnya cepat2 la kuar yer kami tak sabar nak peluk2 cium kamu especially kakak Jelita kamu ni ha, tak perlu takut kat dia... she is very nice u know.

MiL kat dapur buat Mousaka rasanya, tadi I jenguk dia tengah potong terung banyak-banyak. Wohooo yummeh sunggoh makanan ini hari.

Yang bertanya akan perkataan kat baju Jelita "Dedina Sultanija" yang dibaca as dedina sultaniya... maksudnya adalah "Permaisuri Atok" - baju dikirim Atok dia yang tak dapat menghadirkan diri ke Berlin ni, Bosnia banjir la skang kesian depa. 

Thursday 15 May 2014

Runtun Jiwa Mak Kau Ni

Jelita kan memang dah pandai tidur sendiri-sendiri, tapi tengah2 malam dia pandai jalan sendiri lompat katil kami. Now Nena (panggilan dia untuk my MiL) kat sini, Nena la teman dia tidur (since rumah kami memang tak der bilik lain pun).

Tapi kan... semalam.... Jelita terbangun, nangis (biasa nyer hek hek seminit terus lompat ke bilik kami) tapi semalam lama dia nangis and I dengar Nena dah attend to her, pujuk tidur balik. Tapi makin kuat pulak dia nangis, yang macam sedih sangat-sangat la ratapan dia tu. I kuatkan hati takmo berlari keluar, kang apa pulak kata orang tua tu... tak harapkan dia, dah la minta dia datang tolong jagakan budak tu kan. Tak benti gak nangis si Jelita ni, last2 papa yang jenguk ambik (takpa la ngan mak kau sendiri, I pun kalau ngan my mom selamba jer hihihi).

Btw...dalam masa I duk keras kejungkan diri walau runtun jiwaku ini menahan dari jenguk Jelita nangis tu kan, I tetiba tersentap... canner la I kat spital nnt without her... selama ni tak pernah lagi kami berenggang berjauhan taw.... ok time dia pi skul I gi kelas tu lain la, tu pun tak sabar duk jenguk jer kat tingkap tunggu every detik nak pick her up dari Kita. Macam mana la dia nak tidur malam bila I takder... ok seems more like "macam mana la Mama nak tidur malam kat spital nnt Jelita takder" huhuhuhu... errkkk fikir tidur jer... ko ni nak beranak ker tak nak ni? Cehhh.

Lagu mana pun kau boleh jer lentok kan Jelita



Hari ni pun Nena dia yang hantar dan ambik dari Kita, I have to slowly let it go.... tiddakkkkkkk!!! I miss her allready huhuhu.


*Menaip sambil jerit2 kat Jelita yang duk sapu Nutella kat roti yang dah sedia berinti, gedik nak jugak potong2 roti ngan pisau geram jer aku.

*I macam rajin pulak mengupdate skang ni kan, korang layankan jer la rapuan I ni kang pasni kot2 tak dengar khabar kang rindu pulak (^.^)

Giliran Melaptop

Yer...kami ada sistem giliran mengguna laptop, ok its not that we duduk on a round table and have a discussion about it, its just happen so.... spontaneously, when everybody understand each others timing and needs. Errr... none of us here guna semak-phone, cuma satu laptop kongsi 3 orang... sila gelaks  aku jentik (pregnant lady can do almost whataver she likes ok) :p

Tau la korang tak kisah tapi nak citer jugak sistem kami ni hehehe. I celik mata siapkan Jelita hantar ke  Kita, kemas umah breakfast tak sikit tapi banyak, then mula la I ngadap laptop. In the same time still menjalankan tugas lain cuci baju apa sumer mana yang perlu, we women kan very good at multitasking muehehee. Now slowly I am back to this routine even my mentua is here sebab she doesnt mind me, and she likes to be in the kitchen whole day... masak kemas menguli mengadun biar la dia since that makes her happy and me more than happy hihihi. Ha Cik Puan Syafinaz did mention on how her Bosnian friend masak for her, yaaaaa betul tu... makanan dorang ni memang simple 2 or 3 ingredients jer and tak guna spices pun kadang2 kentang semata tapi sedap nak mamfuz, but they spend whole day making it. Macam kita buat ketupat palas or lemang la... tak banyak ingredients kan tapi leceh nya ya ampunnn... tu yang buat sedap tu.

Berbalik kepada tajuk, Papa JJ pulak memalam lepas balik kerja dia nak la ngadap laptop kejap cek news apa sumer, and kadang2 main game pura2 busy. Tak nak layan I pot pet pot pet la tuh. Memang kan... eurrghhh. Hangen jer kadang2 bila terkantoi dia main game, muka serius habis ingatkan baca news tragedi apa la kan. Owh well... I melaptop sehari suntuk best la takder saper kacau, fikir balik mmg kesian jugak dia pun seharian bekerja perah keringat pastu lepak umah nak kena perah otak dengar I bebel pehal kan, and time dia pegang laptop jer JJ tak panjat gomol dia, kalau tak jangan harap dia boleh relaks dengan tenangnya. Ok dimaafkan, main la game tu yer sayang... I labiu.

Now my MiL is here, dia pun ambik turn jugak guna laptop ni. Yer la nak ngadap tv manjang bukan dia faham pun bahasa Jerman, sama la macam menantu dia ni. Plus dia pun macam I jugak suka ushar-ushar resepi cari ilham apa nak masak. And dia akan online lepas kami semua masuk tidur, owh how thoughtful of her. In the mean time dia akan ngadap buku2 crosswords dia, dorang ni suka tau buat puzzles jawap trivia semua, I dulu jer suka buat Sudoku tapi since ada anak ni jadi SudahlaAku.


Nah gambar Jelita sebijik since dia tak termasuk dalam sistem giliran online hek hek hek. Tapi dia dapat conquer tv tengok katun. 


Ok itu jer nak bebel hari ni. 
And no, kami still refuse to use henpon canggih yang membolehkan kami online 24hours etc, we are happy this way (^.^)
Cumanya kan... bila memalam time bukan giliran I guna laptop, time tu la banyak idea nak citer kat korang. Simpan simpan simpan tidur bawak mimpi bangun pagi jer terus hilang. Ini la point yang I cuba nak sampaikan sebenarnya. 

Wednesday 14 May 2014

Liebster Award lah Sangat


Kesian Cik Sue terpaksa tambah nama saya untuk Liebster Award ni, tapi maafla saya memang tak dapat nak buat ikut standard dia, so saya jawab soalan CikSue jer la yer. 

Sebelum tu, nak royak Liebe dalam bahasa Jerman bermaksud cinta or sayang, tapi Liebster saya kurang pasti pulak maksud penuhnya ngeeee. 


11 soalan yang perlu dijawab;

1) Nama penuh anda?
Kalau tulih kang penuh ruangan ni satgi, and sangat confusing everytime buat urusan even kalau tanya tok laki nama penuh saya pun dia tak pernah dapat jawap dengan betul (mujur masa akad nikah ada kelonggaran hehehe)

2) Nama yang digunakan dalam blog, kenapa?
Nastyna = masa isi form registration blogspot ni main bubuh jer, so Nastyna adalah bukan nama sebenar saya yer tuan-tuan dan puan-puan hek hek hek. 

3) Kenapa buat blog?
Sebab buku catatan resepi saya asyik hilang bila banyak pindah-randah, so kengkonon nak catat resepi yang saya berjaya masak sendiri la since saya ni kan poyo. Juga nak kongsi dan abadikan mengenai si JJ since duk jauh ni tak ramai gang nak bercerita hal anak2 huk huk huk sedih tak. 

4) Suka baca majalah Pa&Ma, kenapa?
errr tak dapek nyer majalah tu kat sini, even kat kl dulu pun tak pernah baca sebab mmg tak baca majalah. 

5) Suka ais batu, kenapa?
Tak suka, tah tahu kenapa. 

6) Suka bersolek, kenapa?
Pun tak suka, pun tak tau kenapa hehehee. 

7) Koleksi tudung paling banyak, kenapa?
Saya suka shawl walau saya masih belum menutup sepenuhnya, even kat sini pun harus ada buat penebat sejuk hehehe. 

8) Bila tarikh perkahwinan anda?
Alamak... kena cek sijil nikah balik la, tak ingat. 

9) Set Bersalin/ Set Berpantang yang pernah anda guna, kenapa pilih set itu?
Masa beranakkan Jelita dulu beli set bersalin NR sebab ushar2 kat tenet mostly cakap itu elok, tapi yang saya betul2 guna adalah pil dia yang untuk pelawas tu jer, Pythonatal ker apa dah namanya. hari tu pun rembat jugak sebotol untuk persediaan kali ini, memang bagus pil nya tapi harga agak mahal. And this time tak beli any set sebab macam tak perlu jer. 

10) 2 tips/ amalan untuk LUKA EPISIOTOMI cepat sembuh..
Pantang makan apa yang patut dan rasanya sebab minum pati ikan haruan jugak kot saya cepat sembuh, selalunya sayalah orang yang paling lambat sembuh kalau luka. Paling penting kawasan tu kena make sure bersihkan betul-betul dan sentiasa keringkan, bagus ni ingatkan diri sendiri soon have to go through again hohoho. 

11) Usia kandungan berapa bulan sebaiknya membeli pakaian bayi..
7 atau 8 bulan, sementara masih larat berjalan tu kan dan jugak masa tu dah macam confirm tentang kandungan. Pesan orang tua-tua jangan over excited terlalu awal. Tapi kalau time ada sale tu boleh jer rembat awal2... yang penting beli apa yang perlu, berjimat cermat la sebab nak spend untuk anak ni bukan sebulan dua masa baru2 lahir tu jer, more money needed in future dan banyak masa dan peluang kalau nak splurge on them pun. 


*Ok tak saya jawap ni Ciksue? heheh cepat2 tau saya buat sebelum masuk Labor, and very good la sebab it really reminds me about labor nnt uwaaaaa!!! 

Makanan Yang Macam-macam

Takder perkara lain yang boleh nak cerita beriya selain makan makan dan makan tak benti. Ni I sajer nak campak gambar makanan yang terhasil sebelum kedatangan my MiL secara sekali harung, malas nak buat banyak-banyak post, kang tak terupload gambar yang meruntun jiwa sekalian ni, sebab pasni nak upload gambar hasil masakan my MiL pulok, kalu dan... 


Masa awal2 masuk Spring itu rembat epal kampung jualan pakcik depan Netto, punya la mahal walaupun besar tapi ringan melampung pastu organik katanya, tu yang lebam sana sini siap ditebuk tupai heh, memang takkan beli lagi dah. 


Since tak sedap dimakan begitu sahaja moh kita potong nipis-nipis buat epal kek. Memang ketat adunan dia, korang tengok tu gula perang I tersilap beli punya la bagak hak hak hak. 


Taraaaa.... eh betul ker yang ini hasilnya? Ker kek stoberi yang ni ni? Tu la lama sangat duk perap gambar tak tertransfer plus last few months kan I banyak membaking, tersampuk hantuk kek kak limah pulang petang hehehe. 


Taraaaa again. Cer teka cer teka ini apa. Yaaaa hampir menjadi keropok lekor ku, gigih tau cincang ikan secara manual dan uli-uli ngan tepung ubi, banyak JJ makan I pun hampir lupa yang ini favourite dia masa kat Malaysia tempohari. Tempohari???


Belen bebola daging bakso see la sejuk jer lemak2 terapung huhuhu, ada belen bukan pasal tak sedap, tapi memang I sengaja tak bagi habis sekali hadap. Ceeeeeh alasan. 


Dan ini merupakan pasembuq (kengkonon) yang diwar-warkan sebelum ini. Nampak pucat lesi alabodo tapi sedap ok. Boleh la buat ilang kepingin ibu mengandung. 


Budak demok over happy dapat bergambar dengan pasembuq. 


Kuih koci tak buka-buka sebab melekat I pakai muffin paper tak kuasa nak mencari daun pisang bagai. 


Nasi beriani ala ayam, nasi ayam ala beriani, nasi ayam berani? Apa2 la namanya yang penting layansss, I campak jer semua dalam satu periuk and masak pakai rempah beriani yang dibawa dari tanahair kucinta. 


Mee goreng ala mamak bodo... opsss mee goreng bodo ala mamak. Pun sedap. Giler kau tak sedap, ai yang masak harus la sedap. 


Daging goreng kunyit Kelantan, huiiish tang lelemak tu memang meletops, makan berebut ngan laki tak peduli anak hehehe. Laaaama dah I duk ngidam nak makan ni tau, tapi malas nak merebus lelama setakat nak masak bodo2 camni (macam la selalu masak pandai2).


Yang akhir dan tak kurang hebak nya... kueh bakar, bingka aka bengkang. Tengok kedut pun dah tau sedap gebu-gebu lemak gittew, tak perlu I hurai lebih. Buat ni untuk sambut mentua datang itu hari, resepi terakhir I masak setakat ni hehe. 



Wordless Wednesday ker ini hari... layan jer ler gambar memakan ni yer, I mana la boleh ikut stendek piawaian WW ni.

Tuesday 13 May 2014

Terbangnya Mereka Dengan Ikan-ikan Itu

Rumah my PiL kat Sarajevo kan buat homestay and selalunya arabs yang banyak duit ni la suka datang sana, depa ni tak suka duk hotel sebab nakkan privacy, kata mereka la. 

My MiL citer... dorang mesti bawak sendiri pinggan mangkuk sudu garfu walau dorang makan pakai tangan, pernah tengok canner dorang makan tak? Euurghhh nasi tu dikepal2 dilambung2 jadi bebola baru masuk mulut ok, I pun tengok kat tv dorang tunjuk si kaya arabs punya lifestyle, bersepah merata dorang ni makan tau. I pun makan pakai tangan jugak tapi tak la berselerak cenggitu heishhhh. Bukan tu jer, segala periuk belanga pun depa terbangkan bersama ok, juga lauk pauk termasuk ikan segala muahaha. Kalau dah banyak duit kan, apa pun boleh. 

Dorang jugak bawak sekali maidS Filipino and kesian jer my MiL citer tengokkan maids dorang tu... kerja non stop celik mata belum Subuh sampai la ke tengah2 malam, masak kemas whole day tapi last2 si arabs ni pi pulun tapau mekdonals, heishh. Pembaziran yang sangat berleluasa dilakukan mereka, segan pulak I dengar. But then again, duit depa.... lantak depa la kan. 

Yang untung my MiL la sebab nnt periuk belanga semua tu depa tinggalkan semua kat dia, beras rempah ratus segala yang ada la, takkan nak angkut bawak balik yer dak. 


*Gambarajah makanan dimasak mertua belum boleh di-upload since tak banyak pun I snap, masih malu2 sebab dah la makanan dihidang depan hidung, kau gedik pulak nak photoshoot bagai heiiiii tak dibuat dek menantu orang wei. Tapi rugi sangat rasanya sebab bila lagi kan nak curi dan abadikan resepi beliau, nnt kang dah payah ngan anak kecik pulak. Tapi I is segan la u. 

*Menaip sambil tangan kepal2 popcorn disediakan mertua pepagi buta, baru jam 10.30am kot. Bukan nak puji mertua melampau, tapi mak mak ni mmg cenggitu kan, takut anak2 kelaparan mesti nak hidang makanan 24jam. Kalau my mom lagi la, belum kami celik mata dia dah merata carik makan untuk "anak2 burung" dia ni. Rindu mak ker? Tettttttt. 

Monday 12 May 2014

Mineral Bergas

Psssttt.... uols ngah buat per? Hihihi mertua kita pi kedai beli sebarang dua ingredients untuk masakan beliau, I tak larat nak temankan sebab tadi baru jer pergi sama2 lepas drop JJ ke Kita, biasa la mesti ada barang yang terlupa nak beli kan, yang penting pulak tu.

Katanya dia nak buat apple pie apa ntah guna phyllo doh untuk baklava tu kan, nak kena guna mineral water bergas.... kat umah ni mmg takder la mineral bergas sebab I memang tak minum mendalah tu, togak air paip jer kawan hehehehe and kalau la I yang masak ni, I main campak jer barang apa yang ada kat dapur, memang tak ar I nak kuar beli satu benda tu semata kan. Or big probably I will just masukkan soda bikarbonat dalam air biasa untuk cipta stimulasi air bergas muahahaha. I kan suka buat sesuka hati, my mertua ni jenis patuh pada arahan, dia kan details akan ikut setiap step dan bahan resepi satu-persatu, tak kisah la... dia buat semuanya sendiri pun, tak nyusahkan anak menantu hihihi.

Cuma I doakan dia jumpa jalan pulang yang betul huhhuu, btw since ada yang curious bertanya... she is in her 60s, early or mid tak pasti but surely not that late, masih gagah perkasa pun.

U guys suka tak air mineral bergas (I lupa la nama saintifik nya). I memang dari dulu tak suka air tu, kalau makan kat luar pun memang I tolak minuman tersebut.

Saturday 10 May 2014

Kad Calit Jari

Mentua kiter takder ni kuor pi pasor ngan anak dan cucu dia, menantu pilihan kononnya stay rumah mengemas walhal nak update belog oh ho ho ho (alaaaa my house kan memang dah allready kemas pun, so tak banyak yang perlu dibuat just sumbat baju bajan dalam mesin basuh and spray mana yang patut). Ok meh kita update lelaju sementara ada waktu ni.


Jelita

Balik dari Kita semalam excited JJ tunjuk skroll ni kat I, ingatkan dia dah grad ker apa ker sebab lepas Summer nnt memang dia tukar kelas, keronyok2 dah kertasnya pun. 


Alles Liebe zum Muttitag - deine Jelita
All love for Mother's Day - your Jelita

Rupa-rupanya kad ucapan sempena Mothers' Day, sweet sungguh cikgu-cikgu depa ni taw. JJ citer dia lukis calit-calit pakai jari "bip bip" katanya, kenapa bunyi macam tu I pun tak tau. Tapi comel kan, ok la hasil dari budak umur baru nak masuk 3 tahun. 


Uols jangan jeles ok I sekarang cuci tangan tak perlu masak lagi, semua mentua yang buat kat dapur tu hihihi tapi I still jenguk2 menyibuk. Nnt kalau ada masa I upload resepi dari beliau ok, makanan dorang sedap-sedap tapi I kelentong cakap ambik gambar untuk rujukan nak I masak untuk anak dia nanti, malu la nak royak bubuh kat belog. Ni pun laju2 snap gambar kad ucapan Jelita ni, kang pelik orang tua tu tengok apa hal la menantu dia ni kalut semacam. 

Ok la, nak jenguk rumah uols la kejap mana yang sempat. 

Wednesday 7 May 2014

Senarai-untuk-Buat Hari Ini

Tuddiaaaaa nak berbahasa baku sangat, kaku jer bacanya. Tapi betul la kan ayat di tajuk tu kan kan kan. Ingat dulu masa kerja selalu kena buat translation Inggeris ke Bahasa ya ampunnnn.... especially kalau surat ber-akta enakmen-enakmen, duk ingat-ingat makan kat Ali Maju lepas tu hehehe.

Back to the main road, kan my MiL akan tiba this week kan... and ketibaan beliau sebenarnya adalah ESOK!!!! Yayyyyy lompat bintang bulan mentari segala. As u guys can predict, betul tuuu beliau datang nak nolong-nolong nengokkkan kami yang termerantau ni ha, nak kata jaga tu... entah la, I nak jer pesan kat tok laki "anak I, I jaga... your mom jaga anak dia jer la ek" gitewww. Oh well, dalam hati jer duk kata gitu huhuhu tapi my MiL ni sangat ok and tujuan sebenar dia datang pun sebab kami minta dia tolong tengok2 kan si Jelita ni la especially masa I kat hospital nanti, and sambil tu tengokkan makan minum anak dia tu, bukan tak boleh harap orang lelaki ni tapi tau tau la kan, sekadar apa yang ada jer la kalau depa sendiri2.

My MiL ni lama duk kat KL dulu, bercuti jer bukan menetap pun, tapi lama jugak la. So I dah kenal dia masa tu lagi, even bila my bf yakni papa JJ takder kat KL pun, I sometimes jenguk jer bakal mentua hehehee kata nakkan anak dia... dok? Kena la baik2.

Cuma satu jer la, mertua I ni sangat lasak. Dah tua pun tapi tak duk diam, umah dia 3 tingkat (sebab buat homestay jugak) dia sorang jer turun naik kemas semua... sebabnya dia ni terlalu pembersih dan detail tak harapkan orang lain buat. Thats why kalau balik kampung, papa JJ awal2 dah pesan "tak payah tolong, kalau kau buat then dia kritik, nnt ko terasa, lagipun memang dia takkan puas hati kalau kita buat, so just let her do it herself". Hehehe bagus kan tok laki ambe, dah masak sangat pangai mak and bini dia (Oh no wonder la sometimes dia tak tolong I kat umah, sebab I selalu bebel walau dia tolong la ni huhuhu pangggg dia sebijik, Jelita sebijik). Eh panjang nyer citer, kata tadi nak buat senarai kerja. Heishhh.

Btw pasni maybe I dapat jenguk kejap2 jer la sini and rumah uols, takkan I nak duk ngadap laptop manjang depan mentua kan. Harus la I tukar gaya hidup kepada Perfect Housewife yang tak berjaya hiu hiu.
Recycle gambo JJ jer la untuk hias muka surat ni


*I sometime am over-protective towards my kid(s), in that sometime.... I tend to hurt others.
*I hope this post tak berbau "menantu ngumpat mertua" too much maklum la selalu ayat yang I gunapakai quite harsh even I didn't mean to, I am just sharing my ke-eksaited-an mertua nak datang jer, sejujurnya saya gembira dan terharu beliau sudi datang.

Tuesday 6 May 2014

Beras Tinggal Sebutir Dua

Beras kat umah dah nak habis... harus la I menggelabah, makanan ruji ambe tu. Semalam dah pi kedai ngan Jelita semata nak beli beras (dan top up pantry since my MIL will be here this week huhuhu takowttt) tapi beras Basmathi kegemaran saya sudah kehabisan stok pulak beras bangsa lain banyak la tapi I tak suka, ni sat lagi nak kena menapak pergi kedai lain nampaknya. Mertua saya tak makan nasi so tak der la nak risaukan beliau.

Macam hari tu, semangat I redah panas tengahari mencari telur asin sebab terliur sangat2, jauh tau menapak...and macam biasa la, bila nak sangat sangat memang tak dapat la kan. Boleh pulak habis stok, saper la makan telur masin sampai habis kat sini ni.

Petua orang tua2 untuk murah or tak putus rezeki... never ever habiskan or kosongkan bekas simpan beras, wajib tinggal semangkuk dua beras dalam tu. I pun tak tau apa relevennya tapi buat jer sebab dah terbiasa. Lagipun senang nak differentiate yang mana bekas beras bekas tepung etc kalau ada bahan bukti di dalamnya kan.

Bila shopping ngan Jelita kan, mulut dia bising all the way explaining me this and that. I jenis shopping laju beli apa yang perlu, so ambik ambik ambik, told her "done" mula la dia "No no mama, a bit more". Tau la kamu tu a bit more ice cream la coklat la... makannya tak.


Ok la astalavista bebeh nak gi menyopping jap. Nak kirim apa-apa tak? Heh heh heeee

Sunday 4 May 2014

Pasembor, Bakso dan Cipak

Bakso adalah menu semalam, hati teringin nak makan sup bebola daging kenyal2 sebab hujan semedang dari pagi sejuk-sejuk basah sampai ke tulang, memang best bila bakso menjadi cuma antara sedap ngan tak jer tapi papa JJ makan bertambah2 (sebab lapar dan sejuk) dan Jelita jugak minta lagi dan lagi, so I simpulkan disini bakso saya adalah sedap walau tak cukup bahan. Psstt I buat cili kicap pedas giler schwein meleleh ayaq mata berdarah hidung, itu yang melengkapkan bakso ku.

Hari ini pulak, bangun awal pagi jam 5.30 bila terdengar papanya JJ meninggalkan rumah untuk membanting tulang beliau plus dah terang-benderang pun keadaan waktu itu, skang ni siang hari adalah melampau panjangnya aduhhh. Lepak ngadap laptop jap dengan anak dara pun datang join baring sebelah sambil layan kartun beliau, terlelap pulak I sampai jam 10pagi. Bangun kemas umah kemas diri panaskan lebihan bakso semalam untuk kudapan anak dara rendam kacang hijau rebus kentang bancuh tepung cucur, tak tau pun apa nak bikin dengan semua ni sebenarnya... gasak jer.

Jam 12 baru la nampak rupa menu satu-persatu. Oh dalam tempoh masa itu, tidak la saya jadi penunggu di dapur, budak yang kat dalam ni duk berguling2 sepagian mmg tak selesa nak berdiri lama, rasa nak terberanak tang tang tu jugak (dah la my doctor last I jumpa Khamis baru ni boleh gurau cakap maybe tak jumpa I lagi dah and please call kalau I ke hospital, hampehh jer).

Arakian... la ni menaip dengan perut kenyang lepas pekena sepinggan pasembor ala me, setakat kentang goreng, cucur tanpa udang, telur rebus dengan kuah kentang jer pun. Errr apa beza rojak mamak ngan pasembor sebenarnya yer? I mula2 tu just nak makan cucur jer untuk bekpes.... niatnya, tapi tak sangka jadi begini pulak, siap goreng papadom okay.

Pepagi dah ngadap coklat brownies with ganache.


*Kacang hijau yang telah direbus masih bertapa dalam periuk, I tak tau nak buat apa dengan deme tu.

*I kurang gemar cucur cicah ketchup (sos tomato) semata, muak semacam tapi kalau Jelita semua pun dia minta nak cicah Cipak.
Cipak = Ketchup
Yer... memang pelik sebutan si Jelita. Dan mujur kat sini takder saper yang heran akan cipak.


*Seperti biasa ditaip tengahari semalam tapi baru hari ni nak publish, and sebahagian kacang hijau telah selamat jadi kuih koci semalam lagi. Burrppppp.

Saturday 3 May 2014

Gnocchi Buat Sendiri

Saya memang suka homemade, semua benda kalau boleh. Different tau pleasure dia kalau we can make things from scratch. This time kami buat gnocchi, apa tu? Hanya la pasta berasaskan kentang, tak la gah mana pun cuma namanya jer comel.


Macam ulat bulu hehe. Actually depa pakai benda kayu yang kita guna buat kueh siput.. tapi I takdok menda tu and maleh ah nak cari takat buat setahun sekali, so kita tonyoh pakai garpu jer untuk dapat bentuk badan menawan itu yer. Senang jer nak buat dia sebenarnya, macam buat bubur gandum gunting tapi bubuh kentang rebus lecek. Nextime kalau dapat labu murah I nak buat versi labu pulak la. 

Sebenarnya bukan mama yang rajin tapi Jelita, as usual. 


Gambar hasilnya mana? Errrr... lepas angkat dari rebusan panas2 tu kebetulan papa JJ melangkah masuk umah right on time and memang favourite dia pun benda ni tambah lagi tengah lapar, so perut suami harus didahulukan. Pendek citer, takdok la gambar hasil. Nak tengok jugak canner rupa gnocchi nyer, google la sendiri :)

Since gnocchi ni dah sedia sedap on its own, I tak buat sos pun kami makan ngan sour creme semata. Boleh jugak pan fried kejap supaya garing luar lembut di dalam, suka hati sendiri la yer nak makan macam mana, cuma tak perlu dibuburkan membazir kesedapan beliau saja nnt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...